Thursday, 19 December 2013

NASIHAT UTK MAHASISWA/MAHASISIWI

Assalamualaikum semua, moga semua berada dlm keadaan yg baik2 saja. Saya yakin masing2 sibuk dgn final exam. Wish you all good luck. Sempena minggu exam ni, saya ada sikit nak share dgn anda semua, moga benda ini bermanfaat utk kita semua.

  • BETULKAN NIAT MENDUDUKI PEPERIKASAAN UTK MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.
  • MEMBUAT PERANCANGAN ULANGKAJI YG STRATEGIK (STUDY SMART NOT STUDY HARD)
  • MERUJUK KPD GURU OR PENSYARAH JIKA TAK BEGITU FAHAM DLM SESUATU SUBJEK.
  • PASTIKAN FERI ( FIZIKAL,EMOSI,ROHANI,INTELEK) DLM KEADAAN YG SEIMBANG.
  • PLG PENTING , JAGA SOLAT, JAGA HUBUNGAN KITA DGN ALLAH, IBU BAPA, KWN2 DAN SEBAGAINYA. 


JADILAH MAHASISWA/MAHASISIWI YG BIJAK 
JGNLAH JD YG HANYA MENGAMALKAN 4K 

KELAS
KAFE
KATIL
KOMPUTER

 
 

  

Saturday, 3 August 2013

7 PENYAKIT HATI

salam. haaa tudia, hari ni nak kongsi sikit lah noh pasal 7 penyakit hati. bnyak gak noh penyakit hati ni kan.

  1. Suka dipuji : SUM'AH
  2. Suka berbangga diri : TAKBUR
  3. Suka pandang rendah kepada org lain : SOMBONG
  4. Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk d belakang : MUNAFIQ
  5. Suka sakit hati dekat orang lain : DENGKI
  6. suka menunjuk-nunjuk :BELAGAK
  7. Suka berfikiran negatif terhadap orang lain : BURUK SANGKA
haa, tu lah list2 penyakit hati, harap kita x daklah mcm tuh. YANG TERAKHIR IALAH SUKA SAMA SUKA : KAHWIN...hehe, jgn marah. Selamat Membaca :D

Wednesday, 31 July 2013

Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sudah berhabuk blog ak ni, dah lama x tngok dia lah katakan. apa macam puasa? ok or ko? harap2 ok lah ye. Pejam celik pejam celik dah masuk 10 hari teakhir kita berpuasa. Dalam 10 hari terakhir ni, Allah janjikan lailatul qadar iaitu mlm yg lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun) . Lama tu, belum kita mampu hidup selama itu kan.Jangka hayat manusia zaman sekarang amatlah pendek jika nak dibandingkan dengan zaman Nabi dan para sahabat. sudah menjadi lumrah umat Islam terutamanya di Malaysia, bila masuknya fasa ke-3 puasa surau2 dan masjid2 akan menjadi sedikit bilangan pelawatnya. Masing2 sibuk mengejar disakaun di mall2 dan shopping complex daripada mengejar ganjaran yg dijanjikan oleh Allah. Mmg betul apa yg dikatan oleh Ustaz Nur Hisyam Al-Idrus dlm 1 ceramahnya di Masjid Sg Yan, dia kata sahabat Nabi dulu sibuk kejar malam lailatul qadar, kita zaman sekarang ni sibuk kejar Kamdar. knapa Kamdar? yg tu kena tanya dia lah.

Wednesday, 12 December 2012

AKU


Aku,
Siapa Aku,
Deringkali aku hanyut dgn keangkuhanku,
Pendirianku,
Keegoanku,

Sehingga adakalanya ada hati yang terhiris,
Dgn bicaraku,
Dgn sikapku,
Dan tanpa aku sedari,
Aku ingin meningkatkan maruah diri,
Aku juga yg mencacatkan diri

Siapa aku
Yg sering terkeliru
Dgn segala yg mengelilingiku
sehingga aku malu tunjulkan hakikat diri
Hanya ku pendamkan didalam hati
Sehingga aku kurang pasti
Siapa sebenarnya diri
di bawah topeng hipokrasi
Aku ingin kembali
Tunjukkan aku jln pulang
Andai ada simpati dihati
Dgn secubit kasih sayang
Yg ku pinta agar suarakku didengar
Yg ku pinta agar kau menjadi Teman
Yg sudi mengajar
Dan membetulkan kesalahanku
Bukan menjadi hakim
Yg menghukum aku tanpa Ihsan

Andai hujahku sumbang
Andai jalanku pincang
Bantulah aku si insan malang
Mencari sinar yg gemilang!

Thursday, 6 December 2012

I'm sorry..i love you..


I'm sorry..I love you..

I'm sorry for saying those things
I'm sorry for calling you 'the thing'
I'm sorry that i disapointed you
I'm sorry i wasn't good enough
I'm sorry for insulting you
I'm sorry for being such a bad friend

I'm sorry that the reason i do these things
is just i can't get over you
i can't believe you think so low of me
that i'd let you come between my friends
i'm sorry that i still want you so

maybe i am selfish
maybe i am waste as you said

i'm sorryii'm sorry
i'm sorry

i'm sorry for the pain i caused
i'm sorry for the tears i made you cry
i'm sorry for the lies i told
i'm sorry that i'm not perfect
i'm sorry that i'm not handsome
i'm sorry for not being there when i said i would
i'm sorry for causing so much trouble
i'm sorry for always doing the wrong thing
i'm sorry i'm a failure to you
but i can't help being me
i'm sorry
i love you

Friday, 23 November 2012

12 SIFAT SAHABAT


12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas
baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan
 menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
 menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
 menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
 mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
 kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki
sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama
kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Thursday, 22 November 2012

SAHABAT


Assalamualaikum..
ERTI PERSAHABATAN..

Dalam dunia ini,Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang
sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak
memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

>Bagi kita,Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
diri.Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu
alasan,memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya?Seperti kita, dia
juga tahu rasa kecewa . tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai
seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan
dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan
ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,Dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita?

ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup
semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,Kerana
dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu
kekalutan,kita tidak tahu.tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti
dia,mungkin kita akan tahu.
Wallahu A'lam..