12 Sifat SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia
akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas
baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu
kebaikan kepadanya, ia akan
menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan
(bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik
daripadamu, ia akan
menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, ia akan
mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu
hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa
dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk
menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya
ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu,
nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya
ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu
yang perlu memiliki
sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan
dan persaudaraan sesama
kita sentiasa berkekalan dan menguatkan
lagi ukhuwah Islamiah.
No comments:
Post a Comment