Friday, 23 November 2012

12 SIFAT SAHABAT


12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas
baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan
 menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
 menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
 menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
 mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
 kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki
sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama
kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Thursday, 22 November 2012

SAHABAT


Assalamualaikum..
ERTI PERSAHABATAN..

Dalam dunia ini,Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang
sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,begitu juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Kita
cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak
memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

>Bagi kita,Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
diri.Kita terlupa,kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu
alasan,memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu,terfikirkah kita tentang perasaannya?Seperti kita, dia
juga tahu rasa kecewa . tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai
seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan
dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan
ketakutan,harapan dan impian kita luahkan,Dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi
bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya,rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita?

ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup
semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya
bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,Kerana
dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu
kekalutan,kita tidak tahu.tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti
dia,mungkin kita akan tahu.
Wallahu A'lam..